Home Berita PAS Selangor

Meraikan golongan Armalah dan mangsa Covid-19 – PAS Kawasan Gombak

104
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Umar Al-Hayawi

GOMBAK, 27 Julai – Lajnah Kebajikan PAS Gombak melalui NGO MaarufCare meneruskan lagi usaha kebajikan mereka disaat pandemik virus corona masih berleluasa, boleh dikatakan hampir setiap orang sangat terkesan. Kesemua mereka yang berada disekeliling kita perlu diambil peduli dan dibantu sebaik mungkin walaupun dengan kemampuan yang terhad.

Dengan berbekalkan dana sumbangan yang diterima daripada hasil sumbangan para dermawan yang budiman, dapat mereka menyampaikan bantuan semasa berkunjung menziarahi golongan Armalah(ibu tunggal) dan pesakit Covid-19, di Pangsapuri Mutiara Gombak dan Kg Sungai Salak, Gombak Utara. Menurut laporan, seramai 11 keluarga telah disantuni dan dibekalkan dengan keperluan barangan asas dapur seadanya.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada para sukarelawan MaarufCare termasuk Hj Ramli, sdr Azizul, Ust Ji, Bro Kasim, Kak Mas dan Mak Jah atas tugasan yang dilaksanakan. Jutaan penghargaan juga dikalungkan kepada para dermawan atas sifat murah hati, sanggup bersama berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Bagi yang ingin menyumbang boleh salurkan ke :-

Akaun : MaarufCARE
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
No. akaun : 1222 5010 0134 88

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor