Home Berita PAS Pahang

Kes Influenza A dikesan di Temerloh

1251
SHARE

Kes penyakit yang menggusarkan negara pada masa ini, Influenza A, dilaporkan mula menular di daerah Temerloh melibatkan dua orang pelajar Sekolah Kebangsaan Paya Pulai

 

Menurut Timbalan Sektor Pembangunan Murid, PPD Temerloh, Hj. Mohd. Affendey Hj. Mohd. Saad dalam satu kenyataan yang diedarkan, mangsa melibatkan pelajar dua beradik.

 

Aleysa Meyhira dan Aleya Meysara Mohare, masing-masing tinggal di Taman Seberang. Kedua-dua belajar di tahun 2 dan 4 sekolah berkenaan.

 

Kes dikesan kelmarin ketika penjaga Aleysa yang demam, membawa anaknya ke Klinik Rajesh, Temerloh bagi pemeriksaan awal. Doktor yang merawat Aleysa mengesahkan murid ini dijangkiti  Influenza A melalui tester Influenza.

 

Ibu saudara Aleysa terus membawa Aleysa ke KPJ Ampang Puteri (12.01.2020) dan terus masuk wad manakala ibubapa Aleya ke Hospital Sultan Hj Ahmad Shah Temerloh (HoSHAS) pada 13 Januari  bagi tujuan perubatan.

 

Mangsa kemudian di benarkan pulang berehat di rumah.

 

Doktor di KPJ Ampang Puteri yang merawat murid berkenaan mengesahkan murid tersebut dijangkiti Influenza A. Aleysa masih berada di wad Hospital KPJ Ampang Puteri.

 

Menurut laporan, pegawai perubatan dari HoSHAS yang memeriksa Aleya mengesahkan turut dijangkiti.

 

Sebelum ini dilaporkan, terdapat kes yang sama berlaku di Jengka 19.