Home Berita PAS Pulau Pinang

Kerosakan pemerintahan PH jelas dan nyata

595
SHARE

Balik Pulau, 19 Jun 2021 – Berselindung disebalik manifesto yang menjanjikan pemerintahan Malaysia baru yang kononnya lebih telus, profesional dan bebas rasuah ditambah faktor kebencian terhadap parti pemerintah BN terbukti meleset setelah beberapa ketika PH, DAP menguasai pemerintahan Negara.

Satu persatu kerosakan terjadi, bagai nafsu yang tidak dapat ditahan lagi, kuasa dan peluang digunakan semaksimum mungkin.

Menurut Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff, pentingnya keburukan dan kegagalan PH ini didedah dan diperingatkan lagi kepada semua rakyat Malaysia, khususnya kepada rakyat Pulau Pinang supaya tidak lagi terpedaya dan terpesona dengan janji–janji manis PH, DAP yang licik dan penuh muslihat.

Beliau ditemui seusai Konvensyen Penerangan dan Media Baharu PAS Pusat tempoh hari mengakui akan pentingnya penglibatan jentera penerangan dalam membentuk gelombang yang benar serta menangkis segala kebatilan dalam zaman peperangan maklumat di media sosial yang telah menjadi akses kepada setiap lapisan masyarakat.

Agenda menghina Institusi Diraja yang merupakan lambang kedaulatan agama Islam dan negara serta cubaan untuk menghapuskan keistimewaan Melayu Bumiputera di tanah air ini dengan menggesa agar dilonggarkan syarat kewarganegaraan malah secara biadap mendakwa orang Melayu sebagai pendatang, perlu dipandang serius sebagai ancaman kepada negara.

Manifesto ditolak tepi, rakyat tidak dipedulikan demi untuk mencapai matlamat utama menyebar luas idealogi–idealogi sekular, songsang yang jelas bertentangan dengan Islam seperti liberalisme dan komunisme. Lihat sahaja Himpunan Komunis memperingati Perjanjian Hatyai di Selangor, kemudiannya secara biadap membawa abu mayat peenderhaka komunis Chin Peng serta isu bendera Malaysia 5 bucu.

Syukurlah Kerajaan Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan setelah 22 bulan rakyat terkesan dengan sandiwara dan ketidakcekapan PH mengurus politik dalaman yang seakan tiada penghujungnya, ditambah urustadbir yang tiada halatuju serta tindakan-tindakan yang tidak efisien menyebabkan ekonomi negara merudum, ditambah pula sikap sambil lewa PH dalam menangani COVID-19 di awal penularan dalam negara pada penghujung tahun 2019, menyebabkan sehingga kini, negara masih berdepan ancaman ini, ujar beliau.

Sudah gagal di persekutuan, kerajan PH Pulau Pinang juga terpalit pelbagai isu rasuah antaranya kes bekas Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwa menerima suapan dalam pemberian projek kepada sebuah syarikat untuk projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang gagal dalam mengurus isu pencemaran Sungai Kreh yang masih gagal ditangani sejak 40 tahun yang lalu akibat industri penternakan babi tidak terkawal di kawasan perkampungan Melayu.

Umum menyedari akan sikap mesra pemaju yang diamalkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang malah lihat sahaja berapa banyak kawasan penempatan Melayu yang diusir secara terancang atas nama pembangunan seperti di Kampung Batu Uban yang merupakan penempatan terawal orang Melayu di Pulau Pinang.

PAS Pulau Pinang sejak dahulu telah menuntut Kerajaan Negeri mewartakan Kampung Batu Uban sebagai Tapak Warisan Dunia demi menjaga hak dan warisan perkampungan Melayu, namun tiada penyelesaian sehingga kini.

Terkini, rakyat Pulau Pinang bakal berdepan masalah alam sekitar dan ekonomi rakyat khususnya nelayan serta pengusiran secara halus masyarakat tempatan dengan rancangan projek tambak laut 3 pulau puaka di selatan Pulau Pinang atau PSR yang juga mendapat bantahan dari pelbagai pihak.

Sekali lagi, Kerajaan PH, DAP ini bersandiwara dengan janji dan harapan akan manfaat yang bakal dinikmati oleh rakyat dengan pelaksanaan PSR ini, yang jelas tidak masuk akal.

PAS Pulau Pinang amat konsisten dalam membantah dan menolak projek PSR yang hanya untuk menjaga kepentingan para pemaju dan menambah masalah rakyat di pulau mutiara ini.

Beliau turut menyeru agar jentera penerangan memperkemas strategi bagi memastikan setiap maklumat penting ini sampai dan diamati setiap rakyat.