Home Berita PAS Negeri Sembilan

Kerjasama mantapkan kempen calon Serting

50
SHARE

Oleh SHARIFAH AJIL

JEMPOL, 4 Ogos : Sudah hampir seminggu berkempen, calon N05 Serting, Ustaz Fairuz Isa terus aktif menyantuni pengundi.

Beliau berasa amat beruntung kerana selain daripada jentera PAS, Parti Gerakan Bahagian Jempol juga giat membantunya turun padang berkempen.

Ketua Gerakan Bahagian Jempol, Dato’ Puar Er Cheng turut turun bersama calon dalam kempen ke komuniti masyarakat Cina dan India.

Hubungan yang baik dengan parti sekutu Perikatan Nasional ini dapat membantu memudahkan calon mendekati masyarakat berbilang bangsa.

“Mereka antara insan yang menjadi tulang belakang saya. Tidak kira siang dan malam, mereka penuh komited membantu saya sebagai calon Dun Serting, ” katanya dalam petikan di Facebooknya.

Menurut Ketua Muslimat Jempol, Habibah Tumin, kerjasama antara mereka lebih banyak tertumpu dalam gerak kerja kebajikan melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK).

Sementara, Ketua Wanita Gerakan, Jemilah Bapputty menyatakan mereka juga mengunjungi masyarakat setempat dari rumah ke rumah berkempen meminta pengundi memilih calon PN.

“Kami bekerjasama dalam program kebajikan seperti sumbangan kepada warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), orang sakit dan bantuan kecemasan ke hospital, ” tambahnya ketika dihubungi.

Dengan adanya kerjasama yang baik ini, memudahkan urusan komunikasi yang melibat pelbagai kaum khususnya Cina dan India di kawasan Serting.