Home Berita PAS Pahang

Kerja Kita Menyatukan

537
SHARE

Makna kesatuan yang dibawa oleh PAS adalah menyatukan ummah.

Siapa dia UMMAH?
Ummah yang dimaksudkan ada 2 golongan. Pertama semua orang Islam, kedua semua orang bukan Islam yang tidak ekstrem dan tidak liberal.

Oleh kerana PAS adalah parti politik, maka kita berusaha untuk menyatukan UMMAH dalam sudut politik.

Kesatuan ini bukan hak eksklusif individu, parti tertentu, atau kelompok tertentu. Kesatuan ini milik UMMAH. PAS hanya mengusahakan agar kesatuan ini berjaya.

PAS tidak dapat memaksa sesiapa untuk menerima gagasan “Kesatuan Ummah”, tetapi saya mengingatkan disana ada PH yang sedang menunggu peluang kedua menguasai Malaysia. Kita ada pengalaman dibawah pemerintahan mereka, dan rata-rata serik dengan 22 bulan tersebut.

PAS terbuka untuk menerima sesiapa sahaja yang mempunyai pendapat yang sama. UMNO, BERSATU, NGO DAN NGI, PERSATUAN, dan mana-mana kelompok, kami terbuka menerima kehadiran semua. Kami tidak akan menjadi “abang besar” kepada penyatuan ini kerana kami faham kesatuan ini milik ummah, bukan hak eksklusif PAS, tapi hak setiap penduduk Malaysia yang cintakan keamanan dan ketenangan.

Saya pejuang PAS. Saya tidak membawa agenda individu, pemimpin tertentu, atau kelompok tertentu. Agenda yang menjadi perjuangan saya masa ini adalah KESATUAN UMMAH. Itulah yang PAS bawa.

Saya seru semua anak muda, untuk bersama gagasan ini. Walau apapun namanya nanti, jika matlamatnya adalah kesatuan UMMAH, maka mari kita usahakan agar ia berjaya ditegakkan.

Aireroshairi Roslan
TKP DPPNP
1020hrs
03042021