Home Artikel PAS Perlis

SUK Puji Penganjuran Program Komuniti Perkampungan MADI

272
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : Sebagai menyahut saranan kerajaan agar komuniti setempat diperkasakan, Jawatankuasa Perkampungan MADI, Jejawi Dalam dekat sini menganjurkan Program Komuniti Perkampungan MADI selama dua hari yang berakhir hari ini.

Perasmian program telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perlis, Tuan Azman Mohd. Yusof.

Dalam ucapannya, beliau memuji penganjuran program berkenaan yang antara lain mampu mengeratkan hubungan di samping memberikan pelbagai bentuk manfaat kepada warga komuniti.

Menurutnya lagi, kerajaan turut menyediakan pelbagai bentuk peruntukan dan kemudahan yang boleh digunakan oleh rakyat ke arah memperkasa komuniti masing-masing.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim.

Beliau kemudiannya turut meluangkan masa melawat dan merasmikan kilang Roti House Kak Gee Bakery yang turut beroperasi di perkampungan tersebut.

Kilang yang berstatus IKS itu mengeluar dan memasarkan produk makanan seperti roti dan biskut untuk pasaran negeri ini serta telah beroperasi selama hampir 2 tahun.