Home Berita PAS Terengganu

Kerajaan Terengganu peruntuk RM1 juta perkayakan sumber laut

10
SHARE

Oleh: Fakrusy Syakirin
MARANG, 29 Julai
– Kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta bagi pembinaan 45 tukun tiruan rekreasi yang akan memperkayakan sumber marin.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pembinaan tukun tersebut juga bertujuan untuk mengawal tangkapan hidupan laut secara rekreasi.

“Insya-Allah kita letak sasaran sebelum bulan Oktober 2021 untuk selesaikan program melabuhkan tukun ini di perairan Terengganu

“Ia akan melibatkan beberapa daerah bermula dari Kemaman sehingga Besut, khususnya kepada zon tangkapan nelayan pantai 5 batu nautika daripada pesisiran pantai,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas kerja melabuh tukun tiruan konservasi di perairan Pulau Kapas, pagi tadi.

Tambahnya lagi, usaha lain seperti program unjang komuniti bersama nelayan setempat dan melabuhkan bot-bot nelayan asing yang dirampas sebagai inisiatif menambahkan sumber perikanan.

“Kita juga telah bekerjasama dengan pihak PETRONAS dan Jabatan Perikanan, komponen pelantar yang telah dinyahtauliahkan (Rig-To-Reef) telah dijadikan tukun dan dilabuhkan pada tahun 2017 berdekatan Pulau Kapas, Marang, Terengganu,” katanya.

Untuk rekod, laporan diterbitkan pada 2020 mendapati terdapat antara 129 sehingga 6,047 kilogram biomass ikan direkodkan pada satu tapak tukun tiruan dengan nilai sumber tertinggi berjumlah RM 84,759.60 (Muhammad Amirullah Al Amin Ayob et. Al, 2020. Jabatan Perikanan Malaysia).