Home Rencana PAS Selangor

Ivermectin ubat Antiparasit – Ketua Pemuda DPPK Hulu Langat

35
SHARE

No photo description available.

Ivermectin Ubat Antiparasit – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Zurk Ahmad
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat

Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk jadi hero, walaupun kelihatan tak berapa bijak. Takut pulak bila tengok gelagat beberapa orang Ahli Parlimen PH yang beriya mendesak Kerajaan gunakan Ivermectin bagi merawat COVID-19. Nak glamer punya pasal, sampai sanggup gadai nyawa rakyat!

“Kalau they are willing to take, benarkanlah mereka”
“Yang Berhormat bagitau saya, kesan sampingan apa?”
“Tak ada, nothing!”

Dahsyat, kesian orang Shah Alam. Maklumat kesan buruk Ivermectin ni bersepah dihujung jari. Malas membaca atau buat-buat bebal?

Yang bangun tunjuk hero ni bukan dikalangan doktor atau pakar perubatan. Boleh pulak desak Menteri Kesihatan menolak prosedur Badan Regulatori Farmasi Kebangsaan (NPRA).
Jom kita pakat ambil tahu apa kesan sampingan Ivermectin. Jangan jadi bodoh sombong macam mereka.

Kesan sampingan ringan:

– keletihan, hilang tenaga
– sakit perut
– hilang selera makan
– pening, loya dan muntah-muntah
– cirit-birit

Kesan sampingan berat:

– Serangan asma yang teruk
– Radang hati
– Demam kuning
– Alahan teruk
– Sawan
– Kebas
– Cerebellar ataxia (kerosakan otak yang mengawal pembentukan otot)

Paling besar kesannya, boleh menyebabkan kematian !

Kementerian Kesihatan Malaysia masih lagi dalam fasa awal kajian berkaitan ubat yang sinonim dengan veterinar ini. Apapun sudah banyak negara yang menarik balik penggunaan ubat ini. Banyak kajian yang dilakukan tidak memberikan keputusan yang positif terhadap penggunaan Ivermectin ini.

Terkini mengikut laporan Cochrane, daripada 14 kajian yang melibatkan 1678 pesakit didapati ianya terlalu rendah pembuktian keberkesanan ivermectin. Mereka yang mengkaji berkaitan ivermectin ini tidak dapat memastikan keberkesanan dan yang paling penting tahap keselamatan penggunaan ivermectin dalam merawat COVID-19.

Dapat disimpulkan sehingga hari ini, Ivermectin tidak diletakkan sebagai ubat untuk merawat atau mencegah COViD-19.
Ivermectin ni ubat untuk binatang. MP-MP yang bangun kecoh pada 27 Julai baru-baru ni semuanya Homosapiens kan?
Vaksin tu jelas ada kebaikan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor