Home Kenyataan Media PAS Perlis

Kerajaan Telus, Islam Dimartabat dan Rakyat Sejahtera

493
SHARE

KERAJAAN TELUS, ISLAM DIMARTABAT DAN RAKYAT SEJAHTERA

1. PAS adalah sebuah parti politik yang bertunjangkan Al Quran dan As Sunnah. Setiap tindak tanduk PAS dalam berpolitik amatlah cermat dan mengambil kira kesesuaian mengikut lunas-lunas syariat.

2. Ahli-ahli PAS ditarbiyah supaya sentiasa mematuhi perintah Allah SWT, tanpa mengira pangkat serta kedudukan mereka. Mereka meyakini Allah Maha Melihat akan setiap percakapan dan perbuatan mereka, walau di mana mereka berada.

3. Kekuatan inilah yang menjadikan PAS sebagai sebuah parti politik yang sangat berintegriti. Sejak tahun 1951, belum kedengaran bahawa pimpinan PAS ditahan kerana rasuah. Malahan sehingga hari ini selepas 66 tahun PAS ditubuhkan, PAS masih kekal sebuah parti politik yang bersih dari tuduhan rasuah.

4. Sejarah membuktikan bagaimana kepimpinan PAS Negeri Kelantan dibawah kepimpinan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz dan kemudiannya disambung legasi kepimpinan oleh Al Fadhil Dato Ustaz Ahmad Yaakob.

Ketika kerajaan negeri pimpinan PAS dituduh mengamalkan rasuah, PAS bersikap telus dengan membenarkan siasatan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa mengira masa. Ini bagi membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pemerintahan PAS benar-benar bersih.

5. DPPNPs melihat bahawa penyelesaian kepada segala masalah yang berlaku di dalam kerajaan adalah dengan memilih parti yang mempunyai sifat “Al Qawiey” dan “Al-Amin”. “Al-Qawiey” iaitu kompeten dalam mentadbir mengikut sistem pentadbiran islam dan “Al-Amin” iaitu integriti dalam melaksanakan tanggungjawab mentadbir.

6. Justeru, DPPNPs menyeru kepada seluruh rakyat Perlis agar berani melakukan perubahan pada pilihanraya umum nanti untuk memilih parti politik yang mampu mengurustadbir kerajaan negeri ke arah yang lebih baik.

DPPNPs yakin, rakyat negeri ini semakin bijak dalam menentukan nasib dan masa depan negeri ini. Rakyat sudah muak dengan gejala penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku, yang merugikan negeri ini.

Kelemahan pentadbiran, kerugian anak syarikat milik kerajaan negeri, kegagalan projek-projek yang telah dilaksanakan serta janji-janji kepada rakyat yang tidak mampu ditepati menyerlahkan kegagalan kerajaan negeri pimpinan Umno dan Barisan Nasional.

“SEJAHTERA BERSAMA ISLAM”

“MARA MENUJU CITA”

Ustaz Muhammad Azmir Bin Azizan
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis

15 Mei 2017

{jathumbnail off}