Home Rencana PAS Selangor

Kerajaan Selangor! henti politik, tumpu vaksinasi rakyat – Ketua Pemuda DPPN Selangor

57
SHARE

May be an image of 3 people and text that says "Terbitan oleh: Nümed DPPNS KENYATAAN MEDIA KERAJAAN SELANGOR HENTIKAN BERMAIN POLITIK DAN TUMPUKAN VAKSINASI PADA RAKYAT DENGAN SERIUS USTAZ HANAFI ZULKAPLI Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Selangor 15 Julai 2021 05 Zulhijjah 1442H PYMEDIA #MEMIMPIN NECARAT Y4G Youth4Green Dewan Pemuda PAS Selangor https://pemudaselangor.pas.org.my"

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : HANAFI ZULKAPLI
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Kenyataan Rasmi
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

KERAJAAN SELANGOR HENTIKAN BERMAIN POLITIK DAN TUMPUKAN VAKSINASI PADA RAKYAT DENGAN SERIUS

Melihat kepada Statistik yang ditunjukkan, Selangor menyumbangkan sekitar 50% dari jumlah kes positif harian Covid-19.

Malah, pada hari-hari tertentu, Selangor menyumbang lebih dari peratusan tersebut.

Keadaan ini sangat membimbangkan apatah lagi trend menunjukkan peningkatan di kawasan-kawasan berjiran dengan negeri Selangor yang tercinta ini.

Dalam masa yang sama, kadar vaksinasi di Selangor masih amat rendah, jauh di bawah purata vaksinasi seluruh negara iaitu 80%.

Selangor hanya mencatatkan 68.26% mengikut laporan bertarikh 9 Julai 2021.

Pada 13 Julai 2021 Selangor mencapai 75.6% peratus. Sedangkan dinegeri-negeri lain ada yang mencapai lebih 90%.

Kami meneliti perkembangan Selangor yang menuntut bekalan sebanyak 80,000 dos sehari, sedangkan kapasiti hanyalah 40,000 dos sehari.

Ketika kapasiti di pertingkatkan kepada 80,000 dos sehari, jumlah kes meningkat tinggi.

Terima kasih kepada Kerajaan Pusat yang turut campurtangan sehingga berjaya meningkatkan kapasiti sehingga 130,000 sehari.

Bekalan 4 juta dos sebulan telah diperuntukkan kepada Selangor dan Pemuda PAS Selangor mendesak supaya bekalan ini digunakan sepenuhnya seberapa segera.

Pemuda PAS Selangor mendesak agar ditambah PPV (Pusat Pemberian Vaksin) supaya lebih ramai jumlah rakyat Selangor di vaksin setiap hari.

Pemuda PAS Selangor bersedia menghulur tangan berganding bahu bersama Kerajaan negeri Selangor dengan menghantar anggota-anggota Jabatan Amal Malaysia Selangor bagi membantu di PPV dan di tempat yang diperlukan.

Pemuda PAS Selangor berharap supaya Kerajaan Selangor berhenti berpolitik dengan fakta-fakta yang mengelirukan sedangkan nyawa rakyat Selangor yang menjadi taruhan.

Sewajarnya Kerajaan Selangor fokus meningkatkan kadar vaksinasi kepada kadar lebih 90% setiap hari.

Pemuda PAS Selangor menyeru agar kita terus bermunajat dan memperbanyakan istighfar. Moga Allah SWT mengangkat wabak Covid-19 dengan segera.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor