Home Berita PAS Selangor

Hari pertama ops bantuan agihan bekalan air di Selayang – JAMK Selayang

11
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

SELAYANG, 13 Oktober – Dewan Pemuda PAS Selayang menerusi Jabatan Amal Malaysia Kawasan Selayang telah menerima permintaan bekalan air oleh penduduk yang terjejas akibat ketiadaan bekalan air di sekitar Bandar Baru Selayang dan Rawang bermula jam 5.00 petang tadi.

Menurut pihak JAMK Selayang, bahawa mereka akan bersedia bila-bila masa sahaja bagi khidmat penyediaan air mentah kepada masyarakat yang memerlukan bantuan bermula 13-16 Oktober 2021 khas kepada penduduk yang berada di sekitar Selayang, Rawang dan Kuang.

Bagi yang ingin menyumbang, membiayai kos operasi boleh salurkan bantuan anda ke akaun berikut:-

Nama : Jabatan AMAL Selayang
Bank : Maybank
No Akaun : 562991015320

Sila hantar resit ‘bank in’ ke pautan tersebut untuk direkod:
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor