Home Artikel PAS Sarawak

Kerajaan Negeri Perlu Gandakan Keprihatinan Terhadap Penduduk Luar Bandar Sarawak

276
SHARE

Kadar kemiskinan di Sarawak lebih tinggi iaitu 15.2% berbanding 8.8% di peringkat nasional. Kadar Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) pula adalah 0.0303%. Lima(5) kawasan tertinggi kadar kemiskinan mutlak di Sarawak adalah Pusa 38.6%, Tebedu 28.7%, Matu 24.1%, Kabong 23.0% dan Betong 22.4% seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, 2019. Angka tertinggi seperti di kawsan Pusa itu jelas memerlukan perhatian segera dan semaksimanya oleh kerajaan negeri.

Majoriti kawasan yang tinggi kadar kemiskinan mutlak ini adalah kawasan Melayu-Melanau yang mana rata-rata daripada mereka mendiami kawasan pesisir pantai luar bandar Sarawak. Usaha lebih gigih diperlukan bagi membasmi kemiskinan mutlak di kawasan terbabit dengan memastikan fungsi wakil rakyat bergerak untuk melaksanakan tanggungjawabnya.

Sungguhpun begitu, pelbagai usaha dan initiatif pembangunan yang kian rancak dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi memastikan angka-angka ini terus menurun. Sebagai rekod, kadar kemiskinan relatif di Sarawak pada tahun 2019 ialah 15.2% itu telah menunjukan penurunan daripada 16.8 peratus pada tahun 2016. Ini menunjukan usaha gigih kerajaan negeri bagi membasmi kemiskinan menunjukan keberkesanan.

Keadaan infrastruktur asas juga telah menunjukan peningkatan dan ini sekali lagi membuktikan usaha dan initiatif kerajaan negeri perlu terus disokong. Peratusan isi rumah yang mendapat kemudahan air paip di rumah pada 2019 meningkat sebanyak 0.4 mata peratus daripada 86.0% pada 2016 kepada 86.4%. Bagi bekalan elektrik meningkat sebanyak 0.2 mata peratus daripada 99.6% pada 2016 kepada 99.8 %.

Namun, PAS Sarawak ingin membawa rasa kekesalan terhadap kemudahan air bersih seperti yang berlaku kepada pendudukan di daerah Pusa. Kampung Beladin secara spesifik telah mengalami ganguan tekanan air rendah yang menyukarkan kehidupan harian penduduk sehingga ke hari ini tanpa ada penjelasan dari pihak berwajib.

Bagi infrastruktur kesihatan pada tahun 2019, sebanyak 73.5 peratus isi rumah di Sarawak berada pada jarak kurang lima kilometer dari pusat kesihatan awam berbanding 65.1 peratus pada tahun 2016. Sementara itu, isi rumah yang menikmati kemudahan jarak kurang lima kilometer dari sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan masing-masing sebanyak 94.1%(2016: 90.2%) dan 74.8 %(2016: 69.6%).

Angka perlahan yang sepatutnya telah melebihi capaian 98% keatas ini perlu digembeling tenaga usaha sama di semua peringkat kerajaan negeri dan persekutuan bagi memastikan hak rakyat Sarawak yang memiliki dan antara penyumbang hasil terbanyak kepada negara ini mendapat hak sewajarnya.

ZHARUDIN NARUDIN
Ketua Penerangan PAS Sarawak