Home Berita PAS Selangor

Kerajaan gagal? : Rakyat tidak lupa 22 bulan pemerintahan PH – KPen PAS Selangor

392
SHARE

May be an image of 1 person and text that says "CUKUPI AH SEKALI PH EMERINTAH, NEGARA SUSAH RAKYAT MENYAMPAH!!!"

Dari Meja Ketua Penerangan PAS Selangor | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Kerajaan Gagal ? : Rakyat Tidak Lupa 22 Bulan Pemerintahan PH

Oleh : Us Syarhan Humaizi Halim
Ketua Penerangan PAS Selangor

Kerajaan Perikatan Nasional sekarang sedang berusaha untuk mentadbir negara dengan sebaik mungkin. Selain memulihkan sektor ekonomi, yang paling mustahak adalah menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat. Sepanjang dari awal tampuk pemerintahan di ambil alih oleh Kerajaan PN dari kejatuhan Kerajaan PH atas konflik dan pergolakkan dalaman parti mereka, elemen tersebut sangat dijaga oleh Kerajaan PN.

Semua rakyat dalam negara menyedari bahawa bukan sahaja Malaysia bahkan seluruh dunia dilanda pandemik COVID-19. Dengan penuh rasa rendah hati dan bertawakal kita terpaksa akur dengan keadaan tersebut. Disamping doa yang tidak putus-putus. Serta usaha sedaya upaya bagi mengekang penularan. Kerajaan terpaksa ambil langkah tidak popular untuk tidak membenarkan aktiviti seperti sediakala ketika waktu tanpa COVID-19. Kerana risikonya mengancam nyawa. Aspek keselamatan rakyat menjadi keutamaan Kerajaan PN. Bertindak berdasarkan keselamatan majoriti rakyat. Bukan mengusulkan “mainan” politik yang tidak berkesudahan demi memenuhi nafsu satu dua kerat yang terpaksa menyelamatkan diri sendiri.

Pun begitu Kerajaan PN tidak membiarkan rakyat terkontang kanting begitu sahaja. Sedari awal, pelbagai insentif diberikan. Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA), Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA) dan banyak lagi inisiatif yang diberikan oleh Kerajaan PN demi menjaga kebajikan rakyat.

Pastinya rakyat sedar keprihatinan Kerajaan PN. Rakyat tidak termakan persepsi dan propaganda yang dimainkan mereka. Tidak sama sekali seperti Kerajaan PH yang memerintah 22 bulan penuh ngeri. Jangan lupa episod hitam pemerintahan mereka.
Kerajaan PH hanya tahu menyalahkan kerajaan lalu dan terus menekan kehidupan rakyat kononnya menanggung beban akibat perbuatan Kerajaan BN yang lalu. Bukan hanya rakyat awam yang ingat, ahli PAS pun ingat. Bahkan ahli UMNO dan BN pun ingat. 22 bulan sepanjang hari diwiridkan bahawa Kerajaan PH terpaksa menanggung beban Kerajaan BN. Rakyat yang menjadi mangsa.

Ayuh bersama menggembleng keringat untuk bersama agenda Kerajaan PN. Selamatkan negara, jaga kebajikan dan keselamatan rakyat. Tolak jajaran baru yang cuba mengganggu gugat kestabilan politik dan pentadbiran negara.

10 Zulkaedah 1442H | 21 Jun 2021