Home Kenyataan Media PAS Kedah

Kepesatan Pendidikan Agama, PASTI Kedah Sedia Terima Pelajar Baharu 2019

108 views
SHARE

1-PASTI Negeri Kedah bersedia menerima pendaftaran pelajar-pelajar baharu bagi pelajar berumur 4 tahun sehingga umur 6 tahun bagi sesi pengajian 2019 di 314 cawangan PASTI seluruh Kedah.

2-PASTI merupakan institusi pendidikan pra sekolah dibawah Dewan Pemuda PAS Malaysia yang menyediakan konsep pendidikan awal yang berteraskan Islam ke arah melahirkan insan soleh , berilmu serta beramal.

3-Dengan sejarah kecemerlangan PASTI yang sudah bertapak di Malaysia semenjak lebih 30 Tahun yang lalu, PASTI mengungguli konsep pendidikan yang menitiberatkan aspek akhlak , aqidah , ibadah serta ilmu -ilmu arus perdana yang lain.

4-Justeru itu , selain daripada kebersedian dari sudut infrastruktur, silibus dan pengalaman yang lama dalam bidang pendidikan awal Islam, kebersediaan ini juga termasuk dari sudut guru-guru PASTI yang komited dan terlatih serta terbukti jasa mereka melahirkan insan yang soleh.

5.PASTI mengutamakan keberhasilan pelajar melalui guru yang terlatih.Ini terbukti melalui Institut Perguruan PASTI Malaysia yang menjalankan Kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak Kanak terhadap semua guru PASTI.

6-PASTI Negeri Kedah menyediakan kemudahan pendaftaran pelajar baharu di semua 15 kawasan seluruh Kedah yang boleh dihubungi melalui Pegurus PASTI di peringkat cawangan-cawangan atau melalui Pengerusi PASTI Kawasan dan Majlis Guru PASTI Kawasan.

Ustaz Nurul Amin Bin Hamid
Pengarah Jabatan PASTI Negeri Kedah
3 Oktober 2018