Home Berita PAS Sabah

Kepentingan terap ajaran Islam dalam diri anak

80
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
18 Februari 2023

LAHAD DATU: Sekolah Rendah Islam Integrasi Teras Islam (SRITI) Tahfiz Lahad Datu menganjurkan Ihtifal Kecemerlangan SRITI Tahfiz Lahad Datu Kali Pertama, di sini, kelmarin.

Pengerusinya, Zaki Ibrahim menekankan mengenai kepentingan menerapkan ajaran Islam dalam diri anak-anak.

“Hal ini sejajar dengan objektif SRITI bagi melahirkan insan yang beriman, berakhlak dan berilmu serta memahami Islam sebagai agama yang lengkap dan syumul,” katanya ketika merasmikan majlis.

Seramai 74 orang pelajar telah hadir dalam majlis tersebut dan 24 orang daripada mereka telah menerima anugerah.

Turut hadir, Guru Besarnya, Tan Chin Khoon dan Ahli Majlis Daerah Lahad Datu, Nizam Latuah.

Bagi Anugerah Tokoh Murid kategori muslimin telah dinobatkan kepada Muhammad Fatih Mubarak Makasara daripada kelas 3 Al Furqan manakala bagi muslimat pula diberikan kepada Siti Nur Syahadah Subkhan daripada kelas yang sama.

Untuk Anugerah Sahsiah Terbaik telah diberikan kepada Muhammad Syazwan Syafiq Syarif dan Nur Irdina Khairani Mohd Khairul.

Manakala Anugerah Kemenjadian Murid pula diberikan kepada Haziq Huzaiman Irwan dan Nuriah Amalina Ali.

Majlis turut menyaksikan persembahan pidato oleh Alya Fatihah Hasanuddin yang merupakan Johan Pidato di Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) Peringkat Negeri Sabah di Papar.