Home Berita PAS Sabah

Kepentingan didikan agama Islam terhadap anak-anak

239
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
14 Ogos 2022

LAHAD DATU : Anak-anak perlu mempunyai asas kefahaman Islam yang kukuh supaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang boleh memesongkan akidah mereka.

Menurut Ahli Majlis Daerah Lahad Datu, Nizam Latuah, didikan Islam amat penting terhadap anak-anak terutamanya dalam mendepani zaman yang penuh dengan cabaran pada masa kini.

“Oleh itu, marilah kita berusaha sehabis baik untuk mempertahankan akidah anak-anak kita dengan menghantar mereka ke sekolah yang dapat membimbing mereka mengenal Islam,” ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan, Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) PASTI Al Hidayah, di sini, semalam.

Sementara itu, Nizam turut mengingatkan bahawa dengan didikan agama inilah yang akan menjadikan anak-anak, orang yang berguna kepada masyarakat serta memudahkan urusan kita di dunia dan akhirat.

Beliau turut menyentuh kepentingan menjaga kebersihan yang perlu dididik dalam jiwa anak-anak dari awal seperti mengutip sampah dan membuangnya ke tempat yang sepatutnya kerana kebersihan adalah separuh daripada iman.

Mesyuarat Agung Tahunan tahun ini menyaksikan pembubaran Ahli Jawatankuasa JIBG sesi lalu dan perlantikan Ahli Jawatankuasa baharu yang dipengerusikan oleh Jamaluddin Lantara.

Dalam pada itu, penghargaan turut diberikan kepada Ahli Jawatankuasa JIBG lalu dan sekaligus penghargaan kepada 20 murid PASTI Al Hidayah yang telah mewakili PASTI ke Kejohanan Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring Peringkat Zon dan Negeri.

Turut hadir, mudir PASTI Al Hidayah, Ustaz Ahzam Che Mat dan Pengerusi JIBG PASTI Al Hidayah sesi lalu, Salleh Entu.