Home Berita PAS Pahang

Kepekaan sosial Ramadan / PAS Semambu prihatin bantu asnaf

38
SHARE

Oleh : KASDI KOSMIN

INDERA MAHKOTA, 1 Apr – Masyarakat diseru agar lebih peka dalam membantu kebajikan masyarakat, terutama sekali di bulan Ramadan.

“Kepekaan dalam aspek ini terus kami suburkan sepanjang Ramadan, untuk mengenal pasti golongan yang benar-benar memerlukan untuk disalurkan bantuan kepada mereka dengan lebih berkesan,” kata Penyelaras DUN Semambu Ustaz Zulfadli Zakaria.

Tambah beliau,  sikap ini jika disertai dengan niat yang baik, menjadi satu bentuk empati sosial yang wajar diterapkan dalam masyarakat. Sikap prihatin PAS di sini menjadi harapan masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan tunai kepada 20 orang penerima sekitar lokaliti di sini kelmarin.

Menurut beliau, sumbangan tersebut adalah hasil sumbangan dari orang ramai termasuk ibu bapa PASTI di bawah Pengurusan Dana Ramadan.

Sementara itu, Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kampung Padang Johari Patrik berkata,  usaha untuk membantu golongan asnaf telah berjalan selama lebih tujuh tahun.

“Ia bermula sebelum pandemik Covid-19 sehingga sekarang. Kami berharap agar masyarakat terus memberi sumbangan untuk membantu mereka yang memerlukan,” ujar beliau lagi.