Home Kenyataan Media PAS Selangor

Kenyataan media ; Selangor semakin parah kes COVID-19 – Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor

110
SHARE

May be an image of 2 people and text

“Saff Bahtera BPPNS” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

KENYATAAN MEDIA PAS SELANGOR

Oleh : YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor

Tajuk : Selangor Semakin Parah Kes COVID-19
Adakah ini akan mengulangi sekali lagi tidak terkawalnya perebakan COVID-19 di Selangor dan negara kita. Sampai bila Selangor mahu menjadi juara.

Kalau pada awalnya wabak COVID-19 di negara kita nampak mengganas apabila Kerajaan PH merasakan tidak perlunya kawalan/ larangan kemasukan warga luar termasuk warga china terutama dari Wilayah Wuhan. Kemudian Kerajaan Selangor seolah-olah menolak arahan PKP semula selepas berlaku lagi gelombang peningkatan jangkitan kerana merasakan ada pendekatan tersendiri dalam mengawal COVID-19.

Adakah dengan jumlah kes baru 2251 hari ini tertinggi Negeri Selangor masih tidak merasakan semakin parah dengan hanya beralasan negeri paling ramai penduduk dan industri yang pesat. Belum parah lagi ! Bukankah pergerakan yang tidak terkawal menjadi penyebab kepada perebakan jangkitan COVID-19 ini.

Saya masih merasakan Kerajaan Negeri Selangor perlu lebih serius dalam menangani wabak ini. Keterlibatan pimpinan masyarakat dalam membantu memberikan pendidikan dan kesedaran masyarakat harus digerakkan secara optimum. Ketua keluarga juga harus berperanan, kita jaga keluarga kita.

Begitu juga peranan IPMC dalam menangani kepatuhan SOP kepada pekerja-pekerja harus di buat secara bersungguh terutama pekerja asing dan kesesakan tempat tinggal mereka. Adakah Kerajaan Negeri benar-benar fokus dengan kes COVID-19 yang semakin meningkat di Selangor sepertimana kritikan biadap Exco Selangor kepada Perdana Menteri dalam isu Palestine.

Jangan mengalih perhatian rakyat daripada fokus. Jaga nyawa rakyat Malaysia yang terancam kerana COVID-19 dahulu. Berdalih-dalih Kerajaan Negeri dalam mengeluarkan kenyataan seakan terlalu fokus sangat kes COVID-19 di Selangor, walhal Selangor terus menjadi juara. Saya menyarankan PKP penuh harus dikenakan sekali lagi di Negeri Selangor bagi menangani wabak yang semakin mengganas ini.

Kempen cara hidup sihat, riadah, bercucuk tanam dan makan sayuran serta buah-buahan segar perlu digerakkan agar immuniti optimum dapat dibina oleh rakyat Selangor. Gerakan penerangan immunisasi vaksin harus dilipat gandakan agar capaian vaksinasi 90% dapat direalisasikan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor