KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
PAS menyambut baik dan mendukung kepimpinan YAB Perdana Menteri dan pembentukan Jemaah Menteri yang baharu diumumkan, bagi meneruskan usaha untuk menangani pandemik COVID-19, memulihkan ekonomi dan memperkukuh perpaduan dalam negara.
PAS memberikan sepenuh kepercayaan kepada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri untuk menumpukan khidmat kepada rakyat dan menjalankan tugas masing-masing, dengan budaya kerja berprestasi tinggi berorientasikan keberhasilan.
PAS mengajak semua pihak untuk membantu menyelesaikan masalah negara secara bersama. Sekarang adalah masa untuk menyelamatkan rakyat dan memulihkan ekonomi yang terjejas akibat pandemik, bukan masa untuk politiking yang tidak berkesudahan sehingga merencatkan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara secara menyeluruh.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 19 Muharram 1443 / 28 Ogos 2021