Home Kenyataan Media PAS Terengganu

Kenyataan Media Pesuruhjaya PAS Terengganu Sempena Sambutan Hari Guru 2017

837
SHARE

Sabda Rasulullah SAW :

” Sesungguhnya aku diutuskan menjadi seorang GURU “

Sebelum kebangkitan Rasulullah SAW, masyarakat Arab dikenali sebagai Masyarakat Jahiliyyah. Amalan seperti bunuh anak , minum arak, memakan riba, rasuah , menindas terhadap golongan miskin dan berbagai lagi amalan serta perbuatan buruk, termasuk menjadikan patung dan berhala sebagai tuhan yang disembah dan dipuja.

Semua kegelapan jahiliyyah itu berakhir apabila Rasulullah dibangkitkan membawa dan mengajar risalah Allah yang diwahyukan . Manusia yang ganas dan buas itu telah bertukar menjadi obor kepimpinan dan pembina tamadun sejagat.

Rasulullah SAW dibangkitkan untuk menjadi model dan contoh pendidikan ke arah membina kemanusiaan manusia. Guru yang berjaya ialah yang membawa kebenaran . Kebenaran mutlak ialah apa yang diajar dan digagaskan oleh baginda SAW.

Saya mewakili seluruh saf kepimpinan Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh Warga Pendidik di Negeri Terengganu khasnya dan Malaysia amnya.

Terimakasih Cikgu.

SEJAHTERA BERSAMA ISLAM
TERENGGANU : MAJU, BERKAT, SEJAHTERA

Dato’ Ustaz Hj Husain Awang
Pesuruhjaya,
Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

19 Syaaban 1438 / 16 Mei 2017

{jathumbnail off}