Home Kenyataaan Media PAS Perak

Kenyataan Media Pesuruhjaya PAS Perak | 13 Februari 2023

188
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PERAK

PAS Perak memantau secara dekat perkembangan politik negara khasnya di Perak. PAS juga mengikuti secara serius budaya politik yang di bawa DAP serta mengambil maklum sebaran media dari ADUN Melayu yang mewakili DAP di Perak.

Sebagai parti berteraskan politik Islam yang menekankan keadilan, keharmonian dan kestabilan negara demi survival dakwah dan kedaulatan Islam agama negara, PAS sangat mengambil berat terhadap sebarang usaha yang menggugat kedaulatan dan hak yang termaktub dalam perlembagaan.

Dalam masa yang sama, PAS juga menuntut semua pihak terutama parti politik agar menjunjung perlembagaan negara, menghormati undang undang serta asas perjanjian kaum yang membentuk kemerdekaan. Semua hak hak yang telah termaktub dalam perlembagaan atau persefahaman yang dibina dalam pembentukan negara hendaklah dipatuhi dan dihormati. Sebarang usaha menyentuh perkara berkaitan hanya akan menggugat keselamatan negara dan keharmonian masyarakat.

Mempertikaikan hak orang islam dan sensitiviti orang Melayu mestilah dielakkan. Mengkritik amalan agama islam, mempertikaikan tulisan jawi, keistimewaan orang Melayu seperti dalam perkhidmatan awam dan peruntukan terhadap agama Islam sebagai agama negara serta kedaulatan institusi raja Melayu adalah perkara boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dan menggugat keselamatan negara.

PAS berharap pihak berkuasa menggunakan setiap ruang undang undang yang wujud bagi mencegah budaya negatif yang menggugat keselamatan negara. PAS sentiasa bersedia memberi dokongan kepada pihak berkuasa bagi menjamin keamanan negara serta keharmonian kaum di negara ini terpelihara.


“ MALAYSIA SEJAHTERA ”


YB RAZMAN BIN ZAKARIA
PESURUHJAYA PAS PERAK
13 FEBRUARI 2023