Home Artikel PAS Perak

Kenyataan Media Penerangan Pemuda PAS Kampar : Perkukuhkan MN Demi Kesejahteraan Ummah

155
SHARE

Kenyataan Media Penerangan Pemuda PAS Kampar:

Perkukuhkan MN Demi Kesejahteraan Ummah

Dewan Pemuda Pas Kawasan Kampar mengucapkan jutaan tahniah diatas kemenangan calon Barisan Nasional saudara Zaidi Aziz dalam Pilihan Raya Kecil N.58 Slim.

Kemenangan ini sekaligus membuktikan formula kerjasama antara komponen dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional menjadi penentu kepada kemenangan tersebut.

Kemenangan ini membuktikan bahawa anak muda sudah mulai sedar dan memilih kerajaan Muafakat Nasional sebagai pilihan kerajaan yang akan datang.

Muafakat ini perlu diperteguhkan lagi demi ummah bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang. Kemenangan ini adalah yang ke 7 diperolehi oleh Barisan Nasional berturut-turut.Kemenangan ini adalah hasil usaha gigih bersama antara jentera PAS,UMNO, BERSATU dan Komponen Barisan Nasional.

Buat pertama kalinya, ahli dan penyokong PAS di Dun Slim mengundi calon Barisan Nasional yang menyaksikan kemenangan besar Barisan Nasional dengan majoriti

10,945 undi. Pertambahan undi ini memberikan mesej bahawa rakyat memberi kepercayaan dan sokongan yang penuh kepada kerajaan Perikatan Nasional untuk menerajui Malaysia ke arah yang lebih baik.

Seluruh akar umbi PAS, UMNO, dan BERSATU perlu memperkukuhkan kerjasama bagi menghadapi PRU ke-15.

Perkukuhkan kerjasama muafakat, perkuatkan tali muafakat, agar rakyat mendapat manfaat.

Hady Azman

Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kampar