Home Artikel PAS Perak

Kemenangan DUN Slim Bukti MN Solusi Terbaik Pemerintahan Negara | DPPN Perak

208
SHARE

Kemenangan DUN Slim Bukti MN Solusi Terbaik Pemerintahan Negara

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas kemenangan calon Muafakat Nasional (MN) di PRK DUN Slim.

Kemenangan ini membuktikan bahawa penyatuan ummah yang dibina oleh Muafakat Nasional (MN) sejak September 2019 adalah formula terbaik kepada rakyat dalam membangunkan negara ini.

Kemenangan ini juga membuktikan bahawa anak muda khususnya amat selesa dengan kerajaan Muafakat Nasional ini.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mengajak semua pimpinan MN memperteguhkan lagi Muafakat ini demi rakyat dan negara.

Kepada YB Mohd Zaidi Aziz, Laksanakan amanah Allah ini dengan penuh tanggungjawab. Layanilah rakyat di DUN Slim tanpa mengira warna kulit, agama, tanpa mengira parti politik samada kerajaan atau pembangkang. Mereka semua adalah rakyat anda dan berhak menerima hak mereka.

Mengurus Kemenangan

Ahmad Faisal Puait

Ketua

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak