Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

Kenyataan Media Pemuda PAS Negeri Sembilan Mengenai Pengiktirafan UEC

383 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN

UEC : Usaha Halus Ketepikan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

1 : Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (DPPN9) memandang serius isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang dikeluarkan oleh Malaysian Independent Chinese Secondary School (MICSS).

2: Tindakan ini bagi kami adalah satu muslihat pihak tertentu untuk mengetepikan sistem pendidikan kebangsaan yang sudah lama bertapak sejak merdeka lagi.

3: Tidak salah jika dikatakan bahawa ini satu tindakan jelas sabotaj kepada usaha memartabat dan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan setelah sebelum ini Malaysia telahpun memiliki satu sistem pendidikan yang turut mengiktiraf peranan kaum lain.

4: Bukan sekadar melanggar Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996, malah usaha beragenda “halus” ini seakan membayangkan ada pihak yang sedang memperkuda kerajaan yang ada hari ini demi kepentingan agenda mereka (berasaskan kaum) sejak sekian lama.

5: Malah kami melihat dari sudut pelaksanaan sistem tersebut sebenarnya secara terang bercanggah dengan status quo sistem yang telah diamalkan sebelum ini.

6: Apatah lagi, ia sangat bertengangan dengan usaha menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di institusi pendidikan negara. Dalam konteks ini, bahasa Melayu adalah bahasa yang ditafsir sebagai bahasa Kebangsaan segaris Akta Pendidikan 1996 dan ia selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

7. Secara jelas UEC yang berkiblatkan China dan Taiwan ini sangat bertentangan dengan Seksyen 74 Akta Pendidikan 1996 dimana seksyen ini menjelaskan agar semua institusi pendidikan swasta mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan dijalankan dalam bahasa Kebangsaan (bahasa Melayu).

8 : Kami bimbang, tindakan ini cenderung untuk menjadikan Malaysia “umpama Singapura Kedua” dan selepas ini kiblatnya adalah China dan Taiwan apatah lagi tuntutan ini mamun sekarang, DAP melalui Timbalan Menteri Pendidikan sewenang-wenangnya mahu
pengiktirafan UEC dilakukan hanya dilakukan di peringkat kabinet malah menolak tepi cendikiawan, pejuang bahasa, pakar pendidikan dan pihak yang terbabit secara langsung dengan pendidikan.

9: Tanpa kompromi apa sahaja alasan, maka kami DPPN9 menolak secara keras usaha tersebut dan memberi amaran kepada pihak yang berselindung dengan semua ini agar menghentikan tindakan khianat kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan ini. Jangan lupa bahawa pemimpin dan pejuang bahasa terdahulu seperti Tun Tan Cheng Lok, Tan Siew Sin dan sebagainya berjiwa nasional dan sangat menghormati Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kenapa pemimpin yang ada hari ini tidak mengikut jejak mereka?

10. Kami tidak teragak-agak membuat bantahan besar-besaran andai kerajaan masih berkeras mengiktiraf UEC.

Sekian.

Kenyataan Bersama:

KHAIRUL YAZMAN YAHYA

Ketua

USTAZ MAHFUZ ROSLAN

Timbalan Ketua

USTAZ MUHAMAD FARID HADHARI

Naib Ketua

WAN NORDIN WAN YAACOB

Ketua Penerangan.

8 Julai 2018