Home Kenyataaan Media PAS Perak

Kenyataan Media | PEMBANGKANG BIMBANG PENGUSAHA HOMESTAY GULUNG TIKAR

478
SHARE

KENYATAAN MEDIA AHLI DEWAN NEGERI PERAK PERIKATAN NASIONAL NEGERI PERAK

TAJUK : RUU HOTEL PERAK 2023 : PEMBANGKANG BIMBANG PENGUSAHA HOMESTAY GULUNG TIKAR
24 MEI 2023
BILIK SIDANG MEDIA DEWAN NEGERI PERAK

1. Kami semua Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional Perak mewakili pihak pembangkang mengadakan sidang media adalah bertujuan untuk menyatakan pendirian dan penjelasan ttg kenapa kami merasakan kewajaran RUU Hotel Perak 2023 ini ditangguhkan sewaktu kalangan kami berbahas dlm dewan atas isu pembelaan terhadap pengusaha2 kecil Homestay terutama luar bandar yg bergantung sebagai sumber pendapatan hidup.

2. Kami Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional Perak juga sebulat suara didalam perbahasan dan seterusnya melalui undi belah bahagi sebagai menyatakan komitmen kami agar pada hemat kami perkataan ‘homestay’ dikeluarkan daripada tafsiran hotel yang menimbulkan kegusaran kepada pengusaha homestay terutamanya pengusaha kecil-kecilan.

3. Kami Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional Perak yang mewakili sebilangan besar penduduk luar bandar mengambil sikap yang jelas untuk memastikan pengusaha homestay ini dipertimbangkan daripada turut terkesan kepada pelaksanaan Enakmen RUU Hotel Perak 2023.

4. Kami Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional Perak bimbang jika ‘homestay’ juga dimasukkan ke dalam Enakmen ini, ia memberikan kesan yang tidak baik, terutama kepada orang kampung /B40/ Petani yang memiliki homestay yang Bukan bertujuan komersil sepenuhnya namun hanya untuk kegunaan sara diri dan akhirnya mungkin berisiko untuk tutup. Ini kerana pelbagai caj dan fi yang bakal dikenakan kepada mereka.

5. Kami amat berharap agar pihak kerajaan selepas ini dapat perbanyakkan sesi libat urus dengan melibatkan kami pihak pembangkang yang bukan sahaja dilaksanakan hanya waktu terdekat sidang dewan negeri, tetapi pada waktu tertentu yang disangka PERLU terutama bila melibatkan perbincangan perlaksanaan dan penentuan fi & caj.

Kami bukan shj bertugas untuk hanya membangkang tetapi tugas kami adalah ‘Check and Balance’ dalam memastikan negeri Perak ini berada didalam keadaan yang baik dan rakyatnya tidak dibebankan kepada perkara yang tidak sepatutnya.

Sekian, terima kasih.

YB Razman bin Zakaria
Ketua Pembangkang Dewan Negeri Perak
Ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan – Gunung Semanggol
Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional Perak

https://www.facebook.com/pasperak/posts/pfbid02zk5obwQ2g7TrcXUi6Eb3XSUiM8S5Ms5M28rBJJjGDwFDeshbqcx9xst994MA1fwQl