Home Kenyataan Media PAS Selangor

Kenyataan Media PAS Selangor berhubung kenyataan YB Ganabatirau tentang pengklibatan “Muslim Group” dalam insiden Kuil Sri Mariamman USJ

2,535 views
SHARE

PAS Selangor amat dukacita dan sedih atas kejadian pergaduhan yang melibatkan antara 2 kumpulan di kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya awal pagi. PAS Selangor menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mana mana pihak yang terlibat.

Dalam masa yang sama PAS Selangor menyelar sikap biadap Exco KerajaanSelangor dari DAP yang cuba menyemarakan sentimen perkauman melampau dengan melempar tuduhan kumpulan muslim telah menyerang kuil. PAS Selangor menggesa satu siasatan terpeinci dijalankan dengan memangggil mereka yang berkepentingan dalam perebutan tapak kuil ini serta memanggil Exco Kerajaan Selangor V Ganabathirau untuk membantu siasatan dengan membuktikan tuduhan liar, jahat dan merbahaya yang dimuat naikkan dalam facebook beliau.

PAS sama sekali tidak akan berkompromi dalam isu-isu yang melibatkan pencerobohan rumah ibadat orang bukan Islam dan serangan ke atas penganut agama lain atas semangat perkauman yang sempit. Semoga rakyat Malaysia akan terus hidup harmoni dan menolak mereka yang cuba bermain dengan api perkauman yang sempit.

Islam Memimpin

HAJI ABDUL HALIM OMAR
Setiausaha
PAS Selangor