Home Berita PAS Perak

Kenyataan Media | PAS Perak sokong dan seru rakyat sokong RUU Pelembagaan (Pindaan) dan Akta Anti Lompat Parti

94
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS NEGERI PERAK

PAS Negeri Perak dengan ini turut sama menyatakan sokongan penuh terhadap usul Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) dan Akta Anti Lompat Parti sebagaimana yang dinyatakan didalam Kenyataan Media PAS Pusat bertarikh 8 April 2022. Pindaan ini perlu dilaksanakan atas tujuan melicinkan urusan pentadbiran negara seterusnya menjamin kestabilan politik tanah air.

Perkara ini adalah rentetan daripada keputusan Jemaah Menteri yang memutuskan berkenaan keperluan mengadakan Sidang Khas Parlimen yang akan diadakan pada 11 April 2022 bagi meminda Perkara 10 untuk membolehkan suatu akta berkaitan Lompat Parti dibentang dan diluluskan oleh Parlimen.

PAS Negeri Perak berharap seluruh Ahli Dewan Rakyat dapat melontarkan buah fikiran yang berkualiti bagi memastikan persidangan yang bakal berlangsung dapat berjalan dengan baik. PAS Negeri Perak juga menyeru agar seluruh masyarakat untuk turut sama menyokong usaha ini.

Ketua Penerangan,
Parti Islam Semalaysia (PAS) Negeri Perak.
Tarikh: 9 April 2022/7 Ramadan 1443H.