Home Berita PAS Perak

Kenyataan Media PAS Perak | PH gagal jaga rakyat: Komik berunsur komunis

59
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PERAK

Ph Gagal Jaga Rakyat: Komik Berunsur Komunis

PAS Perak menzahirkan kekecewaan kepada Kementerian Dalam Negeri yang menarik balik larangan ke atas komik yang pernah di haramkan bertajuk  Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama. Pengharaman tersebut di warta pada 2019. Kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa komik itu di tarik balik pengharaman edaran bermula 12 Ogos 2024 sangat mengecewakan.

KDN sebelum ini mengharamkan atas alasan terdapat kandungan mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan serta mungkin menggemparkan fikiran orang ramai. Walaupun penarikan balik warta itu di katakan susulan keputusan mahkamah, namun kerajaan perlu mengambil inisiatif lain bagi menghalang elemen negatif yang boleh menggugat ketenteraman dan kestabilan awam seperti  keputusan yang di ambil sebelum ini.

Beberapa unsur yang membahayakan keselamatan negara seperti unsur Komunis yang dilihat diagungkan serta menggambarkan kaitan Islam dengan keganasan yang di bawa dalam komik tersebut. Ia sesuatu yang bersifat menyanggah Perlembagaan serta cuba merungkai kefahaman rakyat yang harmoni selama ini menentang fahaman Komunis dan menjunjung Islam sebagai agama kedamaian dan toleransi. Membenarkan sebaran ini akan mengundang kemudaratan kepada pemikiran rakyat khususnya kanak kanak yang menjadi sasaran komik tersebut.

PAS Perak mempersoalkan tindakan menarik warta tersebut setelah lapan bulan diputuskan Mahkamah. Apakah kerajaan tidak ada usaha lain agar pengharaman itu dikekalkan.

Apakah kerajaan sekarang akur dan tunduk dengan kehendak DAP yang dilihat dominan dalam kerajaan PH ?  Bekas Pengerusi DAP Tan Kok Wai dan Setiausaha Agung DAP lalu Lim Guan Eng menulis prakata komik tersebut. Kedua-duanya kini adalah Penasihat dan Pengerusi DAP. Komik ini dilihat satu bentuk doktrin tidak langsungDAP merungkai kefahaman rakyat terhadap komunis yang sangat halus dan bahaya.

PAS Perak menyeru agar rakyat mengambil tindakan pengawasan sendiri agar buku ini tidak tersebar dalam masyarakat setelah kerajaan Pakatan Harapan gagal menjaga dan mengawal buku tersebut melalui warta yang menarik pengharamannya.

“ADIL PRIHATIN BERKEBAJIKAN”

YB HJ RAZMAN BIN ZAKARIA

PESURUHJAYA PAS PERAK

14 OGOS 2024
8 SAFAR 1446H