Home Berita PAS Perak

Kenyataan Media | PAS Perak menyeru perpaduan dominasi kuasa melayu

66
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PERAK

PAS PERAK MENYERU PERPADUAN DOMINASI KUASA MELAYU

PAS Perak mengucapkan tahniah kepada rakyat dan pengundi di enam negeri yang telah menunaikan tanggungjawab pada 12 Ogos lalu. Keputusan yang di buat oleh pengundi khasnya Melayu dan sebilangan pengundi bukan Melayu memberi isyarat penolakan kepada kerajaan sedia ada. Isyarat ini sewajarnya di sambut oleh semua kepimpinan parti untuk menilai semula kehendak dan kecenderungan pengundi Melayu. PAS Perak mengikuti secara dekat perkembangan ini khusus yang berlaku di negeri Sembilan.

Kedudukan kerusi di Negeri Sembilan mempunyai persamaan dengan komposisi di Perak. Kedua dua negeri boleh memposisikan kuasa Melayu islam. Kedudukan yang sama juga dapat direalisasikan di negeri Pahang malah juga di peringkat Nasional jika di terjemahkan kesungguhan itu. UMNO kini boleh menjadi β€˜king maker’ menentukan kedudukan kuasa melayu atau sebaliknya.

PAS Perak menyeru kepimpinan UMNO di negeri negeri yang mampu memposisikan kuasa dan kedaulatan Melayu Islam agar menyambut gelombang dan isyarat rakyat ini. Suara akar umbi
UMNO yang menyeru kembali ke landasan asal perjuangan Melayu yang di asaskan pemimpin terdahulu jelas kelihatan hasil keputusan PRN. PAS Perak mengharapkan Perikatan Nasional Pusat dan negeri melihat isu ini secara tuntas, demi kebaikan masa depan ummah dan negara.

PAS Perak mengharapkan agar perpaduan ummah dominasi kuasa Melayu Islam di tegakkan demi kestabilan negeri dan negara. Pemimpin sewajarnya menyambut dengan hati terbuka dan merealisasikan impian rakyat. PAS Perak bersedia menghulur tangan perpaduan dan penyatuan ini dengan hati terbuka demi menyambut impian dan keinginan rakyat. Ia mungkin sukar namun pemimpin perlu melakukan pengorbanan demi kesejahteraan rakyat, negeri dan negara.

β€œ MALAYSIA SEJAHTERA ”

YB HAJI RAZMAN BIN ZAKARIA
PESURUHJAYA PAS PERAK.
14 OGOS 2023