Home Berita PAS Perak

Kenyataan Media | PAS konsisten Perpaduan Ummah, alukan kerjasama BN DAP

61
SHARE

Kenyataan Media

PAS konsisten Perpaduan Ummah, alukan kerjasama BN DAP

PAS Perak menyambut baik perisytiharan kerjasama BN dan DAP untuk PRU 16 yang diisytiharkan Pengerusi BN Perak. Ia satu petanda baik untuk penyatuan ummat Melayu Islam bersama PAS dan PN.

PAS Perak konsisten dengan perjuangan mendaulatkan ketuanan Islam dan bangsa Melayu yang termaktub dalam perlembagaan negara. Pembelaan kepada kaum yang tertindas dan miskin juga menjadi agenda besar perjuangan PAS. Sesiapa sahaja yang bersedia menerima perjuangan ini, PAS akan bersama. Dalam masa yang sama PAS Perak menolak sebarang agenda kesamarataan yang diperjuangkan DAP.

PAS Perak juga memilih menjadi pembangkang yang berprinsip daripada menjadi alat semata mata kerana inginkan kuasa. Kisah Pak Pandir yang menang sorak kampung tergadai sewajarnya diteladani oleh BN Perak.

Kenyataan Pengerusi BN Perak kononnya BN tidak ditawarkan sebarang jawatan exco sewaktu ingin membentuk kerajaan selepas PRU 15 adalah satu pembohongan. Pengerusi BN itu menolak pertemuan membincangkan pembentukan kerajaan khasnya bersama PAS yang memilik 17 kerusi dalam Perikatan Nasional  menjadikan sebanyak 26 kerusi. Kerakusan terhadap jawatan menjadikan BN melupakan agenda perpaduan ummah.

Perpaduan ummah yang diusahakan PAS kini mengajak seluruh ummat khususnya orang melayu dan bukan melayu yang tidak ekstrem untuk dijayakan bersama.

PAS Perak berazam bersama Perikatan Nasional untuk memberi tumpuan  kerusi melayu milik UMNO dan PH demi menyelamatkan bangsa yang dikhianati umno pada PRU lalu. PAS Perak menyeru seluruh pengundi UMNO yang merasa dikhianati agar bersama PAS dan PN dalam merealisasikan agenda Perpaduan ummah.

“ ADIL PRIHATIN BERKEBAJIKAN ”

 

YB HJ RAZMAN BIN ZAKARIA

PESURUHJAYA

PAS NEGERI PERAK

29 JULAI 2024