KENYATAAN MEDIA
PAS Kawasan Batu
PAS Kawasan Batu (PAS Batu) mengikuti perkembangan isu penolakan pencalonan Sdr. Chua Tian Chang (Tian Chua) oleh SPR sejak ia bermula pada 28 April lalu yang melibatkan pentafsiran peruntukan undang-undang berkaitan dan guna pakai keputusan kes terdahulu dalam isu ini.
PAS Batu berpandangan ia perlu diselesaikan secara profesional mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan penglibatan telus pihak berautoriti yang terbabit seperti SPR dan mahkamah serta PDRM sesuai dengan bidang kuasa masing-masing.
Justeru, akhirnya semua pihak perlu akur terhadap keputusan yang dibuat bagi kes ini tanpa mencetuskan sebarang tindakan yang boleh menjadi punca ketidaktenteraman kepada awam.
PAS Batu amat mengalu-alukan sekiranya Sdr. Tian Chua yang mewakili PKR/PH turut dibenarkan untuk bertanding pada pilihanraya kali ini.
PAS Batu ingin menegaskan bahawa kami konsisten dengan pendirian untuk tidak sesekali bersama dan akan terus melawan BN dan PH pada PRU14 ini demi membina Malaysia yang Sejahtera.
PAS Batu juga menyeru dan merayu kepada semua pengundi untuk sama-sama bertekad melakukan perubahan dengan memberikan undi kepada PAS.
Sekian.
“Kita Sejahtera Bersama”
“Sejahtera Bersama Islam”
AZHAR BIN YAHYA
YDP PAS Kawasan Batu /
Calon P115 Parlimen Batu
Tarikh :
30 April 2018 | 15 Syaaban 1439H