Home Kenyataan Media PAS Pahang

Kenyataan Media NGO GENERASI

993
SHARE

Penyata hutang jerat kepada Peneroka Felda?

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai dalam kalangan peneroka Felda berdepan isu jumlah hutang besar mereka terhadap Pengurusan Felda..

Bermula perbelanjaan pengurusan ladang, kos operasi, tanam semula dan sebagainya caj yang tidak masuk akal, mereka juga dibebankan dengan kesukaran mendapatkan penyata pendapatan.

Hanya apabila diminta samada dalam kes mahu keluar dari Felda barulah penyata diberikan. Namun amat mengejutkan, kami NGO GENERASI mendapat aduan bahawa mereka yang bertindak mahu keluar Felda dibebankan pula dengan jumlah hutang tidak munasabah dan harus dibayar pada kadar segera.

Pengurusan menggunakan terma menurut perjanjian, namun dalam masa yang sama perjanjian umpama misteri.

Beberapa Mggu lepas, sebahagian peneroka yang mengambil alih pengurusan ladang daripada pihak Felda untuk bagi maksud menguruskan secara sendiri,tanpa tertakluk dgn Felda lagi telah mendapat penyata hutang yang perlu dibayar kepada pihak felda.

Bagi kami di NGO GENERASI kami melihat beberapa kemusykilan berkaitan penyata hutang yang perlu dibayar.

Dalam maklumat kami, kes melibatkan seorang peneroka dimana pada Mei 2009, seorang peneroka telah mendapat penyata hutang yang perlu dibayar sebanyak RM36,427.39.

Akan tetapi, penyata hutang untuk peneroka yang sama yang bertarikh sept 2017 menyatakan jumlah sebanyak RM74,416.16. Ini menunjukkan perbezaan yang amat ketara.

Berdasarkan dua penyata yang dikeluarkan pihak Felda, didapati penyata berkenaan ditandantangani oleh seorang yang sama bagi kedua-dua penyata berkenaan.

Kami ingin mempersoalkan mengapa hal ini boleh terjadi, dimana dua jumlah yang berlainan bagi setiap penyata padahal org yang sama menyemak penyata hutang peneroka berkenaan.

Apakah ini satu lambang pengurusan yang cekap dalam Felda, atau ini satu lagi siri kegilaan yang terjelma? Perjanjian apa?Mana dokumen perjanjian?

Kami di NGO GENERASI juga mahu mempersoal mengapa Surat Pengarah Kewangan Felda Bagi Pihak Pengurus Besar Memulakan Perenggan Suratnya Dengan Merujuk Kepada Surat Perjanjian.

Apakah Terma Surat Perjanjian Tersebut? Adakah Peneroka Telah Memungkiri Terma Surat Perjanjian Tersebut Sehingga Membolehkan Felda Menuntut Jumlah Hutang Secara Sekali Gus.

Apakah Felda Tidak Memungkiri Terma Terma Yang Terkandung Dalam Surat Perjanjian Tersebut?

Sehubungan itu kami mendesak pihak Felda menjawab segera isu yang dibangkitkan ini. Usah berdalih dan usah melayan peneroka umpama pendatang, sedang mereka tuan tanah yang sah.

USTAZ ROSLAN MD ESA
PRESIDEN NGO GENERASI
27 Oktober 2017