Home Artikel PAS Perak

Kenyataan Media DMPN Perak | #COVID19

370
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK.

13/3/2020 / 18 REJAB 1441H.

Berhubung dengan isu COVID 19 dan keadaan politik di Malaysia, khususnya di Perak :

1. Dewan Muslimat PAS Negeri Perak menyeru kepada semua ahli Dewan Muslimat PAS khususnya serta rakyat amnya agar bertenang dan melakukan langkah berjaga-jaga berikutan penularan COVID 19.

Semua diminta mematuhi arahan dari pihak berkuasa dan mengikuti panduan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam sebarang aktiviti yang diadakan.

2. Dewan Muslimat PAS Negeri Perak ingin menasihatkan semua Dewan-Dewan muslimat PAS Kawasan yang akan melakukan mesyuarat agung kawasan masing2 supaya mengikuti garis panduan KKM bagi mengekang penularan wabak COVID19.

3. Dewan Muslimat PAS Negeri Perak ingin menasihati semua rakyat agar sentiasa mengamalkan tahap kebersihan dan penjagaan kesihatan yang tinggi.

4. Dalam masa yang sama rakyat juga dipohon agar bertenang dan sabar menunggu pengumuman dari DYMM Paduka Seri Sultan Perak tentang pengisytiharan Menteri Besar Perak yang ke 13 yang akan dilakukan hari ini.

5. Bersamalah kita berdoa akan kesejahteraan rakyat Negeri Perak.Mudah-mudahan bakal Menteri Besar yang akan diumumkan nanti dapat menghentikan segala kemelut politik yang berlaku pada hari ini.

Islam memimpin perpaduan
Islam memimpin,wanita sejahtera.

Terima Kasih.

DR NAJIHATUSSALEHAH BINTI AHMAD.
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak.
13.3.2020