Home Artikel PAS Perak

Dewan Muslimat PAS Negeri Perak | Seru Rakyat Negeri Perak Berdoa

475
SHARE

Hari ini, 13 Mac 2020 bersamaan 18 Rejab 144H secara rasminya YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu mengangkat sumpah dihadapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzudin Shah selaku Menteri Besar Perak yang ketiga belas .

Istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar itu difahamkan telah berlangsung pada jam 3:30 petang di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar Perak setelah mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri.

Dewan Muslimat PAS Negeri Perak pada kesempatan ini mengucapkan tahniah atas pelantikan ini dan berharap agar YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal dapat menjalankan amanah dengan penuh komited seterusnya mentadbir kerajaan Negeri Perak dengan cemerlang.

Dewan Muslimat PAS Negeri Perak mengharapkan agar Exco-exco baharu kerajaan negeri Perak dapat memainkan peranan sebaik-baiknya bersesuaian dengan portfolio yang telah diamanahkan. Seluruh rakyat turut diseru agar mendoakan kerajaan yang diterajui Perikatan Nasional ini dilindungi dan diberkati oleh Allah.

“Islam Memimpin Perpaduan”

Dr Najihatusalehah bt Ahmad
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Negeri Perak

13 Mac 2020 / 18 Rejab 1441H