Home Berita PAS Perak

KENYATAAN MEDIA | Dewan Ulamak PAS Perak sokong desakan DUPP berkaitan isu cabutan khas nombor ramalan

26
SHARE

KENYATAAN MEDIA
Dewan Ulamak PAS Perak
15 SAFAR 1443H | 22 SEPTEMBER 2021

DEWAN ULAMAK PAS PERAK SOKONG DESAKAN DEWAN ULAMAK PAS PUSAT BERKAITAN ISU CABUTAN KHAS NOMBOR RAMALAN

Dewan Ulamak PAS Perak menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat yang menyentuh jawapan bertulis daripada Menteri Kewangan, Dato Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam Parlimen semalam.

Yang Berhormat Menteri Kewangan telah memaklumkan bahawa peningkatan mendadak kekerapan membuat cabutan khas nombor ramalan dari 8 kali kepada 22 kali pada tahun ini .

Kami juga turut menzahirkan kekecewaan atas perkara ini yang mana ianya seolah-olah melihatkan pihak kerajaan menyokong rakyat Malaysia melibatkan diri di dalam perkara tidak bermoral ini.

Kekhuatiran kami adalah sekiranya aktiviti ini melibatkan rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Oleh itu, Dewan Ulamak PAS Negeri Perak mendesak Kementerian Kewangan mempertimbangkan semula untuk membenarkan peningkatan kekerapan cabutan khas nombor ramalan pada tahun ini sebagaimana yang telah diumumkan.

Cukuplah ujian Pandemik Covid-19 ini menjadi peringatan kepada kita untuk menjauhi perkara-perkara yang menjemput kemurkaan Allah SWT terhadap kita.

Ulamak Perteguh Muafakat
Islam Memperkukuh Perpaduan

YB USTAZ KHALIL BIN YAHAYA
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Perak