11 Ogos 2020 l 21 Zulhijjah 1441
- Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menyambut baik larangan minum arak serta merokok dan menghisap vape di taman awam Selangor sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor menerusi hantaran di FB beliau pada 9 Ogos baru-baru ini. Secara pasti, keputusan larangan ini mengiktiraf kerosakan yang sedia ada kesan dari minum arak secara khususnya.
- Keputusan larangan tersebut juga secara tidak langsung, menunjukkan desakan suara rakyat khususnya kalangan umat Islam akhirnya didengari oleh pihak kerajaan negeri setelah sekian lama menjadi perdebatan disebabkan tiada undang-undang kecil yang terdapat mengenai larangan minum arak secara terbuka di taman awam.
- DPPNS juga menerusi kenyataan media bertarikh 11 November 2019 juga telah mengesyorkan dan mendesak kerajaan negeri dalam isu ini agar diwujudkan satu dasar yang khusus bagi larangan minuman arak secara terbuka di taman awam.
- Selain mengharapkan pindaan Akta JPJ 1987 bagi meningkatkan hukuman kesalahan berkaitan pemanduan secara mabuk, langkah awal pencegahan dalam isu berhubung arak ini mesti diperanankan oleh pihak kerajaan negeri dan PBT pada skop bidang kerja dan peruntukan kuasa yang ada. Isu arak perlu diambil tindakan pencegahan awal selain dari pasca mabuk yang menyebabkan kemalangan, maut, serta beberapa impak negatif yang lain.
- Sehubungan itu, DPPNS terus komited memperjuangkan isu larangan dan kawalan ke atas arak dan minuman memabukan ini dan tidak hanya berpada sekadar larangan yang diumumkan oleh MB Selangor baru ini, yang itu pun lebih kepada larangan bagi mendidik yang belum lagi soal penguatkuasaan hukuman jika wujudnya pelanggaran.
- Sudah pasti antara contoh model yang boleh dipelajari dalam hal ini ialah kerajaan negeri Kelantan bagaimana tindakan mereka :
i. Kawalan jualan minuman arak ke atas non muslim sahaja.
ii. Minuman hanya di premis kediaman masing-masing.
iii. Tidak mengkomersialkan lesen jualan arak yang sedia ada.
- Bagi DPPNS, tindakan kerajaan negeri Selangor dengan penetapan larangan itu wajar juga dipuji namun hakikatnya ia kejayaan umat Islam dan rakyat pelbagai kaum yang rasional sayangkan keharmonian kerana jelas arak banyak kerosakannya yang mengundang padah.
Demi Islam
Bangkit : Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah
Ustaz Hanafi bin Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan