Home Berita PAS Perak

Kenyataan Media | Batalkan Pesta Songkran, Bermuhasabahlah!!

62
SHARE
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KAMPAR
14 Ogos 2023 | 27 Muharam 1445H
BATALKAN PESTA SONGKRAN, BERMUHASABAHLAH !!
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kampar amat kesal di atas penganjuran Pesta Songkran pada 26 dan 27 Ogos 2023 di Sahom Valley Resort, Kampar. Hebahan secara terbuka kepada masyarakat untuk menghadiri pesta tersebut telah mengundang kemarahan dan keresahan penduduk setempat.
DPPK Kampar membantah sekeras-kerasnya penganjuran Pesta Songkran tersebut kerana terdapat unsur-unsur adat keagamaan Buddha yang bercanggah dengan agama Islam. Selain itu, daerah Kampar khususnya Sahom bukanlah kawasan majoriti masyarakat Siam. Justeru, DPPK Kampar menasihatkan masyarakat yang beragama Islam agar tidak terlibat dan mengelakkan diri daripada menyertai pesta tersebut.
DPPK Kampar menyeru kepada pihak penganjur agar membatalkan pesta tersebut dan boleh menggantikannya dengan program dan aktiviti lain yang tidak bercanggah dengan syariat Islam dan norma masyarakat.
Marilah sama-sama kita bermuhasabah serta saling bertanggungjawab dengan memainkan peranan dalam membentuk masyarakat sejahtera yang mengamalkan cara hidup Islam agar mendapat rahmat Allah SWT di dunia dan di akhirat.
“Memacu Kebangkitan”
“Rijal al-Daulah”
Sekian, terima kasih.
SAIFUL ISLAM ABDUL RAHMAN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kampar