Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Kenyataan Media Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)

244
SHARE

PAS Wilayah Junjung Titah Proklamasi Darurat YDPA

  • Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) menjunjung titah perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk pelaksanaan darurat menerusi kenyataan media oleh Istana Negara semalam.

  • BPPWP mengambil maklum bahawa pengisytiharan darurat ini dibenarkan di bawah Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan sekiranya YDPA berpuas hati wujudnya ancaman besar ke atas keselamatan negara, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam.

  • BPPWP berpendapat bahawa langkah ini sewajarnya diambil untuk memelihara nyawa semua rakyat terutama daripada ancaman COVID-19 dan banjir di beberapa buah negeri di samping meredakan kemelut politik yang cuba dimainkan oleh pihak-pihak tertentu.
  • BPPWP juga berpendirian bahawa pilihanraya bukanlah prioriti untuk diadakan dalam situasi gawat ini, tetapi melandaikan lekuk jangkitan COVID-19 adalah hal yang lebih utama.

  • BPPWP yakin bahawa proklamasi darurat ini tidak akan mengancam kestabilan pentadbiran di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri seperti yang dapat dilihat di Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya apabila darurat diisytiharkan pada 16 Disember tahun lalu.

  • BPPWP menyeru agar semua rakyat Malaysia memahami keutamaan yang sepatutnya, bersatu hati walau apa jua fahaman politik demi menjaga kemaslahatan rakyat dan kestabilan politik negara yang kita cintai ini.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

‘Wilayah Sejahtera’

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
13 Januari 2021 | 29 Jamadilawal 1442