Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Kenyataan Media Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)

278
SHARE

HENTI POLITIKING, FOKUS TANGANI LONJAKAN KES COVID-19

  • Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) mengambil maklum akan situasi semasa COVID-19 yang semakin membimbangkan di negara kita khususnya, ditambah lagi dengan banjir yang melanda beberapa buah negeri.

  • BPPWP menyokong pendirian Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang tidak mahu membebankan rakyat dengan kemelut politik di saat kita bergelut dengan COVID-19 dan banjir yang masih belum reda sepenuhnya.

  • BPPWP turut sependapat dengan beliau bahawa pihak-pihak berkaitan perlu mengadakan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tentang cara terbaik menangani wabak ini dan dalam masa yang sama, menjaga kedudukan ekonomi yang kini dalam fasa pemulihan.

  • BPPWP menyatakan komitmen dan bersedia untuk bekerjasama denga pihak berkenaan dalam usaha mengekang pandemik ini agar tidak terus menular dan angka kes harian dapat diturunkan.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

‘Wilayah Sejahtera’

DR. HAJI RAYNEY AZMI BIN ALI
Timbalan Pesuruhjaya 2
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
10 Januari 2021 | 26 Jamadilawal 1442