Home Artikel PAS Pahang

Kenapa kecoh isu larang wanita menari, menyanyi di khalayak

490
SHARE

 

Seringkali individu atau kumpulan yang kononnya mengaku memperjuangkan hak asasi mempertikai atau bersikap prejudis terhadap ketetapan Islam kepada kaum tersebut.

 

Antaranya, kumpulan ini mempertikaikan kenapa mesti wanita bertutup litup? Kenapa wanita tak boleh terlalu menonjolkan diri berlebihan depan lelaki? Kenapa wanita semestinya berada di saf belakang dan sebagainya.

 

Terbaharu, mereka mempertikaikan cadangan garis panduan larangan wanita menari dan menyanyi di khalayak ramai, khususnya yang terdapat kehadiran lelaki di Terengganu.

 

Ahli jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang, Ustaz Hazmi Dibok, berkata yang nyata mereka berhujah hanya mengikut lojik akal semata-mata. Sedangakan andai mereka jujur, waras dan tidak keterlaluan bersentimen, pasti merek boleh melihat tujuan baik atau kebijaksanaan di sebalik semua itu.

 

“Bukankah makanan yang bertutup dan dibungkus itu lebih terpelihara dan terlindung dari pencemaran? Bukankah barang yang berharga itu kita simpan di tempat yang selamat dan tertutup? Dalam beg duit wanita sesetengahnya letak RM100 dlm tempat berzip sementara RM1 letak kat bahagian luar bersekali dgn duit syiling.

 

“Wanita diletakkan di belakang bukan kerana meremehkan mereka, justeru itu satu pengiktirafan kepada keteguhan dan kekuatan jiwa mereka. Orang perempuan tak ada masalah sangat kalau tengok orang lelaki solat rukuk sujud depan mereka.

 

“Tetapi orang lelaki terjejas jiwa mrk kalau tengok orang perempuan begitu depan mereka. Kerana pengiktirafan inilah orang perempuan diletakkan di saf belakang,” tulisnya dalam facebooknya.

 

Tambahnya, golongan yang kononnya nak tonjolkan sangat wanita berhias, berjoget di khalayak  ramai itu, adakah benar-benar kerana menghargai wanita? Atau pun sebenarnya mengeksploitasi merek untuk keuntungan?

 

“Justeru untuk melindungi kaum wanita, menghargai, mengiktiraf dan mengangkat darjat merekalah Islam menetapkan beberapa hukum syariat ke atas mereka.

 

“Kenapa pula kumpulan itu begitu tegar menentang? Sedangkan di sisi kami, syurga anak-anak adalah di bawah tapak kaki mereka (wanita).”