
Perginya seorang isteri yang taat, ibu yang pengasih dan pejuang yang ikhlas bertemu Ilahi di hari yang mulia ini sungguh terkesan dan menginsafkan buat seluruh warga PASTI Perak.
Pengorbanan dan komitmen dirinya dan seluruh ahli keluarganya untuk perjuangan pendidikan Islam sungguh memberi inspirasi kepada seluruh warga PASTI.
Moga Allahyarhamah dikurniakan darjat yang tinggi disisi Allah atas segala jasa baiknya kepada agama dan keluarga.
MOHD AZAHARI YAHAYA
Pengarah
Jabatan PASTI Negeri Perak