Home Berita PAS Perak

Bantu peniaga kecil, panjangkan tempoh masa operasi | DPPN Perak

104
SHARE

BANTU PENIAGA KECIL, PANJANGKAN TEMPOH MASA OPERASI

26 Jun 2021 | 15 Zulkaedah 1442H

Dewan Pemuda Pas Perak sokong saranan untuk memanjangkan tempoh masa pembukaan kedai makan dan pesanan makanan secara E-hailing bermula dari jam 6.00 pagi sehingga 10 malam.

Saranan ini akan memberi kebaikan bukan sahaja kepada orang yang berkhidmat di sektor ‘perkhimatan perlu (essential services)’ untuk membeli makanan, ia turut akan membantu peniaga kecil berkaitan makanan serta ‘rider’ menambah pendapatan dan sekaligus memberi kelegaan untuk meneruskan survival keluarga.

Pemuda Pas Perak yakin pembukaan operasi kedai makan dan pesanan makanan secara E-hailing ini akan memberi kelegaan emosi kepada rakyat. Tambah pula kebanyakan rakyat yang dibuang kerja dan menganggur menganggap industri penjualan makanan saat ini antara peluang terbesar melangsungkan hidup dalam tempoh PKP 3.0

Besar harapan kami agar kerajaan mempertimbangkan saranan ini demi survival rakyat, khususnya dikalangan peniaga dan penjaja kecil berkaitan makanan.

Ahmad Faisal Bin Mohd Puait
Ketua
Dewan Pemuda Pas Perak