“Saff Bahtera BPPNS” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi
Kuala Langat | Negeri Selangor mencatatkan angka kes tertinggi sejak kebelakangan ini menyebabkan kesan kumulatif menyumbang kepada peningkatan kes di seluruh negara. Semalam sahaja keseluruhan kes sebanyak 6000 lebih antara yang tertinggi semenjak pandemik melanda dan Selangor mencatat 2000 kes.
Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi ketika dihubungi memaklumkan bahawa angka ini amat-amat merisaukan. Vaksinasi tidak menghalang jangkitan dan perebakan COVID-19. Begitu juga dengan saringan. Vaksinasi diambil agar ketahanan badan kita pada paras optimum dan saringan pula agar kita tahu status kelompok kita agar mudah diuruskan.
Beliau yang juga merupakan ahli dalam bidang perubatan dan mempunyai kliniknya sendiri menegaskan dengan situasi sekarang “self lockdown” atau kawalan pergerakkan kendiri merupakan penawar yang paling terbaik. Patuhi SOP, jaga penjarakan sosial, sentiasa pakai pelitup muka dan amalkan membasuh tangan secara kerap boleh menghalang jangkitan dan perebakan COVID-19.
Dengan angka sebanyak 2351 kes baru di Negeri Selangor semalam, ianya sangat parah ! Wajib “self lockdown” dan seluruh Selangor perlu PKP penuh. PAS Selangor serta merta melancarkan Kempen “Self Lockdown” di seluruh Selangor, tegas beliau lagi.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor