Home Berita PAS Perlis

Kempen RM1 PASTI bantu mangsa banjir

380
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 30 Dis: PASTI Negeri Perlis hari ini melancarkan kempen sumbangan RM1 bagi membantu mangsa banjir di beberapa buah negeri baru-baru ini.

Pengarahnya Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil berkata, kempen berkenaan melibatkan semua guru, staf pengurusan, murid serta ibu bapa PASTI untuk menyumbang minimum RM1 untuk tujuan tersebut.

“Kempen RM1 ini kami lancarkan bagi meringankan bebanan mangsa banjir yang berlaku di beberapa buah negeri baru-baru ini.

“Seluruh warga PASTI Negeri Perlis turut berdukacita dengan musibah yang berlaku dan usaha ini sebagai tanda kami sama-sama bangkit untuk bersolidariti dengan mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumbangan katanya, boleh disalurkan menerusi akaun Bank Islam Malaysia Berhad bernombor 09010010050299 atas nama Dewan Pemuda PAS Neg Perlis (PASTI).

“Untuk yang menyumbang secara ‘bank-in’, sila hantar bukti sumbangan ke Whatsapp 0138766463 atau emelkan ke pastiperlis2012@gmail.com untuk tujuan rekod.

“Selain itu, semua PASTI cawangan juga menyediakan tabung untuk memudahkan ibu bapa dan murid untuk menghulurkan sumbangan,” katanya.