Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Kempen Memakai Tudung/Scarf Putih Pada Hari Jumaat

2,613 views
SHARE

Kempen Memakai Tudung/ Scarf Putih Pada Hari Jumaat

1. Muslimat PAS berbesar hati menyahut gerakan #headscarfforharmony dan #scarvesinsolidarity yang akan diadakan pada Jumaat ini, 22 Mac bagi memberikan sokongan kepada para syuhada’ dalam peristiwa berdarah di New Zealand baru-baru ini.

2. Gerakan sokongan ini mengajak semua wanita daripada pelbagai latar belakang agama untuk sama-sama menggayakan tudung atau menutup kepala pada hari tersebut tak kira walau di mana mereka berada.

3. Selain ianya sebagai tanda sokongan kepada seluruh masyarakat Muslim di New Zealand khususnya Christchurch.

4. Justeru, Muslimat PAS mengajak seluruh wanita Malaysia tak kira latar belakang agama, bangsa dan parti politik untuk sama-sama kita menyarungkan tudung atau scarf putih pada hari Jumaat ini sebagai tanda solidariti terhadap kumpulan ini dan dalam masa yang sama kepada keluarga syuhada’ tersebut.

5. Semoga dengan usaha ini, dapat memperkenalkan keindahan dan kecantikan nilai Islam kepada masyarakat majmuk di Malaysia dan seluruh negara.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
20 Mac 2019 bersamaan 13 Rejab 1440