Bismillahirahmaanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sempena Bulan Syawal yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia melancarkan “Kempen Hadiah Dari Hati”. Dengan tema Birrul Walidain (Berbakti kepada kedua Ibu Bapa), kempen ini mengajak kita semua untuk memberi perhatian dan mengutamakan kedua ibubapa kita di hari lebaran ini dengan memberi Duit Raya, membeli Baju Raya serta barang-barang keperluan mereka bagi menyambut Syawal yang bakal tiba.
Hukum Birrul Walidain
Para Ulama’ Islam sepakat bahwa hukum berbuat baik (berbakti) pada kedua orang tua hukumnya adalah wajib selain terhadap perkara yang haram.Syari’at Islam meletakkan kewajipan birrul walidain menempati ranking ke-dua setelah beribadah kepada Allah SWT, dengan mengesakan-Nya. Dalil-dalil Shahih dan Sharih (jelas) banyak sekali, diantaranya terdapat tiga ayat yang menunjukkan kewajipan yag khusus untuk berbuat baik kepada kedua orang tua:
“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa“. (QS. An Nisa’ : 36)
Bahagiakanlah kedua ibu bapa kita setiap masa, terutama tibanya bulan yang mulia Bulan Ramadhan serta bulan Syawal nanti. Semoga Aidilfitri mereka di setiap tahun penuh makna. Hargai mereka selagi mereka masih ada.
Diterbitkan oleh:
Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia
#KamiPrihatin
#SejahteraBersamaIslam
#MuslimatMemacuKemenangan
{jathumbnail off}