Home Artikel PAS Perak

Kemesraan PAS Bersama Masyarakat Terbukti

270 views
SHARE

Kemesraan PAS Bersama Masyarakat Terbukti


SERI MANJUNG: Pemuda PAS Kawasan Lumut bersama kepimpinan PAS Kawasan Lumut telah mengadakan kunjungan mesra masyarakat di Kampung Sematang Pasir Panjang, 23 Mei lalu.

Kunjungan tersebut berpeluang menghulurkan sumbangan di samping mengenali antara satu sama lain di samping berkongsi pendapat tentang isu setempat.

Reaksi penerimaan masyarakat setempat begitu baik serta meluahkan rasa syukur atas keprihatinan yang ditunjukkan PAS menyantuni rakyat tanpa mengira latar belakang pemikiran dan pegangan politik.

Antara kepimpinan PAS Kawasan Lumut yang turut serta bersama dalam kunjungan itu, Zamri Ibrahim, Pegawai Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang; Hamidun Ahmad, Ketua Muslimat PAS Lumut ; Puan Rohawati Abidin, Ketua Pemuda PAS Lumut; Ustaz Aminudin Ahmad serta beberapa org pimpinan muslimin dan muslimat berharap masyarakat setempat akan dapat menerima baik usaha yang dilakukan jentera-jentera PAS.

{jathumbnail off}