Home Artikel PAS Perak

Kebajikan Golongan Miskin Dapat Perhatian PAS

313 views
SHARE

Kebajikan Golongan Miskin Dapat Perhatian PAS


SUNGAI RAPAT: Siri jelajah dan ziarah Pusat Khidmat Adun Sungai Rapat, YB Radzi Zainon diteruskan dengan menyampaikan bantuan barangan keperluan harian kepada penduduk di beberapa buah rumah di UPU Pangkalan Gate, 24 Mei lalu.

Mereka terdiri daripada golongan miskin dan kurang berkemampuan membuktikan kebajikan golongan miskin mendapat perhatian PAS.

Tenaga kerja yang turut serta dalam menjayakan program tersebut, Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Kawasan Gopeng, Dewan Muslimat PAS Kawasan Gopeng, Ketua Muslimat PAS Cawangan Pangkalan Gate dan Ketua Cawangan PAS Pengkalan Gate.

Sebelum ziarah tersebut, beliau sempat menziarahi dua buah rumah yang mana ahli keluarga mereka telah kembali ke rahmatullah.

Peluang yang tidak dipersiakan YB Radzi Zainon bahkan beliau sempat bersama-sama dengan penduduk tempatan di Pangkalan Gate untuk mengimamkan solat jenazah.

{jathumbnail off}