Home Artikel PAS Perak

Kemeriahan Syawal Dikongsi Bersama Masyarakat DUN Gunong Semanggol

156 views
SHARE

Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri 1439H masih segar di rasai bagi penduduk masyarakat sekitar kawasan Semanggol khususnya dan amnya di Bagan Serai.

Alhamdulillah, hari ini Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Gunong Semanggol telah pun mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan pembukaan operasi pejabat ADUN telah pun dirasmikan oleh YB Haji Razman Zakaria yang merupakan ADUN Gunong Semanggol pada penggal ke-14 di perkarangan Pejabat Pusat Khidmat masyarakat ADUN, Bagan Serai.

Sambutan amatlah mengalakkan dengan kehadiran pengunjung dijangka 1000 penduduk masyarakat setempat dan agensi-agensi kerajaan. Semoga dengan adanya program yang sedemikian ini dapat merapatkan lagi ukhwah dan hubungan persaudaraan sesama Islam

Majlis yang bermula jam 3 petang itu disambut meriah oleh pengunjung yang nyata memberi sokongan kepada wakil rakyat berkenaan.

Seorang pengunjung ditemuramah berkata amat mengagumi kepimpinan  YB Haji Razman atau lebih selesa dipanggil Pak Teh kerana sentiasa memberi komitmen kepada masyarakat bukan sahaja Gunong Semanggol malah memberi khidmat kepada seluruh penduduk Bagai Serai sejak beliau menjadi ADUN disana.

Semoga Pak Teh diberi kesihatan dan terus berkhidmat kepada rakyat umumnya negeri Perak dan juga sebagai salah seorang dari 3 wakil rakyat PAS didalam negeri Perak.

Para pengunjung dihidangkan dengan pelbagal menu menarik antaranya Durian Kampung yang menjadi tarikan para pengunjung.

Acara berakhir pada jam 6 petang itu masih menerima tetamu yang masih lagi hadir untuk tidak melepaskan peluang bertemu dan bergambar kenangan bersama ADUN dan para pimpinan PAS yang turut hadir pada program berkenaan.