Home Berita PAS Sabah

Kemeriahan sukaneka PASTI & SRITI Kinabatangan

27
SHARE

Oleh: Nurfatiha Mohamad
23 Januari 2024

Kinabatangan: Sukaneka PASTI & SRITI Kinabatangan yang disertai seramai 10 Kontinjen telah berlangsung dengan meriah di Padang Majlis Daerah Kinabatangan (MDK) semalam.

Program dimulakan dengan aktiviti perbarisan seawal jam 8.30 pagi oleh pelajar SRITI kemudian disusuli dengan pelajar PASTI dan Mini Tahfiz yang bertemakan Palestine dan buah-buahan seperti manggis, kelapa, kurma dan banyak lagi.

Temasya sukaneka pada kali ini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan.

“Saya menzahirkan penghargaan terima kasih kepada Jemaah Ibu Bapa PASTI, SRITI dan Mini Tahfiz Kinabatangan yang sentiasa menyokong program-program yang dianjurkan oleh pihak PASTI dan SRITI Kinabatangan”, ucap beliau.

Tambahnya lagi, semoga dengan usaha menghantar anak-anak mendalami ilmu agama akan menjadi bekalan di akhirat kelak.

Selepas sahaja gimik perasmian, beliau diiringi oleh YDP PAS Kawasan Kinabatangan, Abdul Aziz Baitul Makmur menziarahi setiap kontinjen rumah-rumah sukan untuk beramah mesra.

Lari berganti-ganti, isi air dalam gelas, tiup belon sampai pecah antara aktiviti yang dipertandingkan bagi kategori murid manakala bagi kategori ibu bapa pertandingan memanah & lari berganti-ganti.

PASTI Darul Huffaz sekali lagi berjaya mengekalkan johan keseluruhan bagi sesi 2023 diikuti dengan PASTI Darul Ulum merangkul naib juara keseluruhan seterusnya PASTI Darul Anuar tempat ketiga keseluruhan bagi kategori PASTI.

Johan keseluruhan bagi kategori SRITI & Mini Tahfiz pula telah dirangkul oleh SRITI team A, seterusnya Mini Tahfiz Darul Ulum naib johan keseluruhan dan SRITI team B tempat ketiga.